Bengkel: Smart Solat & Fardhu Ain




Bengkel: Smart Solat & Fardhu Ain

ADA yang mengerjakan solat tetapi gagal mendapat apa-apa, sekadar letih kerana mereka menunaikan sembahyang tanpa ilmu, tertib dan tidak khusyuk. Alangkah ruginya golongan itu kerana solat adalah ibadat paling penting bagi umat Islam, apatah lagi Rasulullah s.a.w menerima terus ibadat itu daripada Allah ketika peristiwa Israk Mikraj. Jadi, bagaimana untuk mendapatkan solat yang khusyuk, tertib dan diterima Allah? ramai yang bersolat tetapi tidak memahami fungsi, keseronokan dan fadilat solat yang boleh mereka gunakan dalam kehidupan seharian. Bengkel ini akan mengukuhkan ibadat solat peserta dengan konsep solat bestari atau 'smart solat' kerana ia asas kepada cara hidup manusia.

  • Fardhu Ain Lengkap
  • Solat (Teori & Praktikal)
  • Hafazan doa
  • Hafazan surah lazim
  • Zikir munajat
  • Qiamullail
  • Solat sunat Hajat
  • Solat sunat Taubat

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS