Anak-anak akan mendapat maklumat sebenarnya berkaitan tips-tips bagaimana boleh menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat melalui perkongsian ilmu rahsia dengan fasilitator-fasilitator yang berpengalaman dan sudah terbukti telah berjaya didalam bidang masing-masing, membantu membina keyakinan diri dan dorongan yang tinggi untuk cemerlang. Disamping itu, anak-anak akan menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baru disini sambil merehatkan minda dan menenangkan fikiran di resort ini yang jauh dari kesibukan bandar. Semoga dengan menyertai program ini, anak-anak dapat mengenali diri sendiri dengan kekuatan dan potensi yang ada. Anak-anak juga mampu menjadi manusia yang lebih cemerlang terutama daripada sudut ibadah, menghormati orang tua, bersopan dalam berkata-kata, berakhlak mulia, tahu menjaga penampilan diri serta bijak membuat keputusan.





