Proses pembelajaran dilakukan secara interaktif dengan bantuan alat audio dan visual, sinergi kerja dalam kumpulan, aktiviti indoor dan outdoor serta fasilitator dan jurulatih yang setia berada sepanjang masa untuk akses yang optimum. Mereka juga akan sentiasa bersedia untuk membantu anak anak-anak jika ada sebarang masalah sepanjang mereka berada di resort ini. Kami amat menitikberatkan dan mengutamakan keberkesanan bagi setiap program latihan agar segala objektif program akan tercapai bagi memenuhi kehendak pelanggan.