Latarbelakang Fiqrah An Nur

Fiqrah An Nur Training & Consultancy (KT0207663X) adalah sebuah syarikat Perunding Motivasi Islam Ke Arah Kecemerlangan Diri secara bersepadu. Modul utama yang dibangunkan memberi fokus kepada kecemerlangan diri, akademik, ibadah & sahsiah.


Dalam tempoh 11 tahun ini Fiqrah An Nur Training & Consultancy telah mengadakan program kecemerlangan modal insan di beberapa tempat diseluruh Malaysia dengan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para ibubapa, sekolah & korporat. Setiap program melibatkan peserta yang berumur dari 7 hingga 17 tahun dan dijalankan selama 3 hari 2 malam ataupun 4 hari 3 malam secara residential.


Dengan barisan para penceramah, fasilitator, motivator dan jurulatih yang berpengalaman luas dalam bidang latihan dan motivasi, pihak kami bersedia untuk memberikan khidmat yang terbaik dan berkualiti tinggi semasa program ini dijalankan. Dengan kebejatan sosial dan keruntuhan akhlak yang berlaku dikalangan para pelajar dan remaja kita pada dekad ini, serta dalam arus kemodenan pembangunan negara yang memerlukan professional bemotivasi, mudah-mudahan dengan wujudnya kami di mata masyarakat diharapkan agar sedikit sebanyak dapat membantu usaha-usaha pihak kerajaan dalam melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bukan sahaja di dunia malah berjaya juga di akhirat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS