Bengkel : 'ENGLISH is FUN!'


MODUL : 'ENGLISH is FUN!'

OBJEKTIF
Modul ini dibentuk untuk mencapai 3 objektif utama:

  • Untuk meningkatkan pencapaian para pelajar dalam peperiksaan untuk subjek Bahasa Inggeris.
  • Untuk meruntuhkan mental blok pelajar terhadap Bahasa Inggeris bahawa iaadalah satu bahasa dan subjek yang sukar. Seterusnya mencipta satu persepsi baru bahawa ia adalah bahasa dan subjek yang menyeronokkan dan ‘hidup’.
  • Untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan panduan untuk belajar
  • Bahasa Inggeris sendiri (life-long learning) selepas menghadiri bengkel ini menggunakan pelbagai bentuk kecerdasan pelbagai (‘multiple intelligence’) yang diterapkan dalam program ini.

PEMBELAJARAN (LEARNING OUTCOMES)
Pada akhir bengkel ini, pelajar akan dapat:

  • Menambahkan minat terhadap pembelajaran Bahasa Inggeris dan menghilangkan perspektif negatif terhadap Bahasa Inggeris.
  • Membezakan dan menggunakan komponen – komponen dalam Bahasa Inggeris seperti nouns, pronouns, verbs dan sebagainya serta dapat menggunakan Tenses dengan betul seperti Simple Past Tense, Simple Present Tense dan sebagainya.
  • Mengenalpasti teknik-teknik pembelajaran Bahasa Inggeris berdasarkan 7 kecerdasan pelbagai (multiple intelligence) sebenar mereka yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian mereka selepas menghadiri program ini.

KEUNIKAN PROGRAM
  • Kebanyakan program Bahasa Inggeris di pasaran menumpukan kepada aspek komunikasi. Hakikatnya, aspek komunikasi yang berteraskan perbualan adalah lebih sesuai untuk golongan dewasa untuk digunakan dalam urusan kerjaya mereka. Sebaliknya, Program‘English is Fun!’ direka khusus untuk memenuhi keperluan sistem peperiksaan awam Malaysia.
  • Majoriti pelajar berbangsa Melayu mempunyai mental blok terhadap Bahasa Inggeris dengan persepsi bahawa ia adalah satu bahasa dan subjek yang sukar.‘Grammar’ biasanya diajar di dalam kelas dengan cara yang lebih kurang sama subjek matematik yang memerlukan banyak latihan dan hafalan semata-mata. Program ‘English is Fun!’ mencipta satu persepsi baru bahawa ia adalah bahasa dan subjek yang menyeronokkan dan ‘hidup’.
  • Oleh sebab kesibukan dengan tugas-tugas pengurusan, guru-guru Bahasa Inggeris di sekolah kurang dapat memberikan perhatian terhadap sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Mereka kurang masa untuk membuat persediaan untuk P&P dan akibatnya mereka akan menggunakan kaedah yang sama. Hal berkenaan membuatkan pelajar berasa bosan. Program ‘English is Fun’ menawarkan kepelbagaian dalam pembelajaran Bahasa Inggeris dengan menggunakan kaedah 7 Kecerdasan Pelbagai (7 Multiple Intellignece)
  • Latarbelakang pendidikan formal trainer dalam bidang agama membolehkan beliau menerapkan unsur-unsur Islamik dalam kursus ini.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS